Berakit
Menghilir Sungai Perak
Ini adalah salah satu projek yang diberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk mengendalikannya. Projek ini mengambil masa selama 7 hari untuk berakit menggunakan buluh dari Bandar Diraja Kuala Kangsar ke Pekan Pasir Salak. Perjalanan adalah sejauh lebih kurang 70km mengikut jalan air. Objektif projek ini adalah :-
Saya telah dilantik sebagai Pengarah projek ini dengan dibantu dengan beberapa Exco Kelab Perpaduan dan Khidmat Masyarakat. Ahli JawatanKuasa terdiri daripada mahasiswa tahun pertama untuk mendedahkan mereka cara pengendalian projek yang betul.
Projek ini telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa insiden yang mencemaskan. Projek dimulakan dengan perkhemahan di Pekan Sayong dan pelbagai aktiviti suaikenai telah diadakan. Pada hari kedua, peserta telah diajar cara mengikat dan menbina rakit buluh dengan betul. Proses menbina rakit telah dimantau oleh jurutunjuk yang berpengalaman. Pada hari ketiga sehingga hari ke tujuh, peserta berada diatas rakit menghilir Sungai Perak. Kami hanya berhenti seketika untuk bersolat dan makan tengah hari serta bermalam. Kebiasaannya, kami berhenti pada pukul 5 petang setelah menjumpai tempat yang sesuai untuk bermalam. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk mengisi masa lapang seperti pertandingan bola pantai dan unggun api.
Konvoi berakit terdiri daripada 2 buah rakit kargo dan 10 buah rakit biasa. Satu rakit kargo tidak sampai ke destinasi kerana tersangkut di perdu buluh pada hari terakhir. Kebanyakan barang yang terdapat diatas rakit kargo tidak dapat diselamatkan. Walau bagaimna pun, tiada kemalangan jiwa kerana segala langkah-langkah keselamatan telah diambil. kemalangan ini telah menyebabkan projek ini mengalami kerugian yang ditanggung oleh Kelab Perpaduan dan Khidmat Masyarakat.
Gambar
Projek
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Untuk kembali...tekan butang Back |